TAKLIMAT PEMBANGUNAN OLEH YB DATUK MUSBAH HJ.JAMLI
Kota Belud, Selasa – 22 Februari 2011 bertempat di Dewan Terbuka YB.Datuk Musbah Kg.Taun Gusi telah berlangsung taklimat pembangunan DUN Tempasuk bagi tahun 2008-2011.
Taklimat tersebut dilaksanakan oleh Datuk Musbah Hj Jamli ADUN N6.Tempasuk, merangkap Pembantu Menteri Pertanian dan Asas Tani Negeri Sabah.
Datuk Musbah berkata, bermula tahun 2008 – 2011 kerajaan telah membelanjakan lebih RM350 juta ringgit untuk pembangunan N.6 Tempasuk Kota Belud. Antara pembangunan itu adalah seperti jalanraya, sistem pengairan sawah padi, penyediaan bekalan air bersih dan penaiktarafan dan pembinaan bangunan sekolah di sekitar N.6 Tempasuk.
Kemudahan pengairan sawah padi misalnya telah menelan belanja sebanyak RM105 juta setakat 2010. Menurut Datuk Musbah lagi, RM105 juta ini adalah sebahagian daripada bajet 1bilion bagi pembangunan Jelapang Padi Kota Belud.
Penyediaan bekalan air bersihpula menelan kos sebanyak RM 48 juta. Menurut beliau seluruh kawasan N.6 Tempasuk bakal menikmati bekalan air bersih yang di salur langsung dari loji penapis air di pekan Kota Belud sebelum hujung tahun 2011 dan kononnya ini termasuklah juga perkampungan kaum Tobilung di Toburon,Dudar dan Sarang.
SENARIO SEBENAR BEKALAN AIR DI KOTA BELUD : LIHAT SINI
Dalam taklimat itu juga ,Datuk Musbah memberitahu bahawa satu usahasama antara Yayasan Sabah dengan kerajaan Jepun & New Zealand untuk membina sangkar gergasi dengan kos 100 juta dollar Amerika bagi memelihara ikan dalam sangkar. Selain itu, projek pelancongan juga akan dibangun di Tandu Magarang(?) dengan kos lebih RM 300 juta. Menurut beliau semua projek usahama ini akan membuka 1,500 peluang pekerjaan bagi penduduk kota Belud.
Majlis taklimat itu dihadiri oleh tuan DO; Ketua-ketua Anak Negeri, WKAN, Pengerusi JKKK, Ketua-ketua Kampung dan 72 Ketua cawangan UMNO kawasan DUN Tempasuk.
Posted by Mr Smart Work in 08:14:17 |
Permalink
|
Comments Off
Sunday, December 12, 2010
TIANG ELEKTRIK PUN TAK DAPAT UBAH
WAKIL TOBILUNG KE DUN DAN PARLIMEN pada PRU akan datang biarlah jenis orang yang pandai bekerja. Sesiapa yang mau bertanding jawatan itu kita beranggapan “orang itu minat bekerja untuk rakyat” dan bukan kejar glomur semata-mata; mereka ini di beri gaji dan wang gaji itu datangnya dari hasil pelbagai bentuk cukai; contohnya , cukai tanah, cukai barang keperluan harian seperti “Gas Untuk Memasak ” atau apa saja yang anda makan yang di bayar dengan wang , harus di ingat segala bentuk barangan ini mempunyai cukai tersembunyi. Misalnya, anda makan semangkuk sup di gerai mee sup, anda bayar RM4.00 termasuk cukai; Anda kena ingat, setiap kali anda makan semangkuk sup anda dipaksa bayar cukai; cuma anda tidak sedar sebab cukai itu bernilai kecil mungkin 20sen. Jika orang tobilung yang berjumlah 15000 orang makan semangkuk sup; cukai yang dapat di kumpul kerajaan ialah
15,000 orang x 0.20sen = RM3,000.00
jika orang tobilung makan 10 mangkuk sup di gerai mee dalam sebulan jumlah cukai yang dapat di kutip kerajaan ialah;
15,000 orang x 10 mangkuk me sup x 0.20sen = RM30,000.00
cukup untuk membayar gaji seorang ketua menteri…
jadi dengan hanya makan 10 mngkuk mee dalam sebulan, gaji seorang wakil yang anda pilih yang bekerja untuk anda dapat di bayar. Tetapi rakyat biasa tidak tau. Tugas setiap orang tobilung yang celik huruf ialah memberi kefahaman kepada penduduk kampung tentang perlunya “berhati-hati ketika memilih wakil mereka di DUN atau Parlimen” , beri peringatan kepada mereka bahawa setiap kali mereka makan sup, anggaplah itu untuk membayar gaji wakil anda…
Sebab sangat jelas, berdasarkan rekod beberapa tahun lalu “undi kaum tobilung di anggap senilai dengan satu tin ikan sardin”, betapa mudahnya mereka ini terpedaya… ada kalanya mereka ini bergaduh sesama sendiri hanya kerana tidak mendapat bahagiannya.
Kenapa perlu teliti dan berhati-hati? jawapannya mudah saja. Kalau di negara orang putih, antara keutamaanya ialah mereka menyediakan kemudahan asas untuk kawasan yang diwakilinya. Mereka menganggap itu satu kewajiban dan beban dan sebagai “hutang” mereka yang perlu diselesaikan. Ertinya mereka berasa bersalah jika itu tidak dapat di buat. Itulah sebabnya negara-negara orang putih rata-ratanya mempunyai kemudahan asas yang selesa. Dan inilah erti kemerdekaan yang sebenar. Merdeka bermaksud kemudahan asas di kampung anda selesa, ada kemudahan telefon, ada bekalan air bersih, ada sistem perhubungan yang selesa, anak-anak anda dididik dengan selesa, ada tempat rekreasi dan sebagainya. Pendek kata anda selesa mengerjakan pekerjaan anda, mengangkut dan menjual hasil pertanian anda.
NERAKA YANG SEBENAR
Namun bagi kes perkampungan tobilung di Kota Belud ini; dibiarkan/diabaikan sejak sabah menyertai gagasan Malaysia walaupun mereka adalah pengundi tegar kerajaan… satu contoh jika anda berkunjung ke perkampungan tobilung di di toburon anda pasti berkata bahawa ia adalah perkampungan kondiu yang terbiar. Jalan Sayap pun tak lah teruk sangat berbanding jalan ke sana. Jalan di toburon ni umpama neraka. Kerbaupun tidak rela di tunggang jika ikut jalan itu. Kononnya, suatu ketika dulu ia adalah tempat kondiu bersarang, kini ia tinggal perkampungan sarang kondiu yang usang dan terbiar.
Berapa bilangan pengundi di sana? Semuanya ada 1500 orang. Semuanya orang tobilung. Mereka ini pengundi tegar BN, malangnya jalan ke sana tidak rata, umpama jalan ke sorga yang tidak rata yang sepatutnya rata bagi manusia yang berakal.
RUPA JALANRAYA DI TOBURON YANG SEBENAR
Kenapa neraka di toburon ini berlanjutan? satu sebab ialah pengundinya tidak di didik dengan sempurna. Mereka sengaja makan semangkuk sup dan membayar cukai sebagai gaji buta kepada wakil yang mereka pilih padahal wakil mereka tidak kreatif bekerja dan cuma glamour, nama, gelaran dan pangkat yang sementara di dunia ini yang dikejar.
Posted by Mr Smart Work in 19:30:09 |
Permalink
|
Comments Off
Masa kempen itu, bukan main lagi, sumpah janji semuanya mengalir bagaikan buih. Kata calon itu,“saya pastikan bahawa semua projek atau pembangunan yang di bawa oleh kerajaan wajib dilaksanakan oleh rakyat kawasan ini”
Setelah menang dan benar-benar jadi wakil rakyat; benar juga semua projek yang di bawa oleh kerajaan dilaksanakan oleh kontraktor yang berdaftar di Kota Belud; namun itu hanya berasaskan pendaftaran, tetapi pemilik lesen tersebut bukanpun penduduk asal Kota Belud, akan tetapi berasal dari daerah jiran.
ITU tak apa, Itu ok, akan tetapi kebetulan pelaksana projek dan juga yang mendapat projek adalah proksi kepada sahabat karib atau pendek kata ada hubungan kekeluargaan dengan wakil rakyat itu.
Semalam OKB bersama dua orang pegawai kerajaan; boleh tahan juga pangkat dua orang kawan ini; semasa dalam perjalanan ke pantai Sarang Kota Belud; kami berbual-bual; dalam perbualan tersebut; kononnya telah berekar-ekar tanah telahpun dimiliki oleh wakil rakyat itu – terutama tanah-tanah yang berpontesi dijadikan kawasan pelancongan. Benar kah demikian?
Posted by Mr Smart Work in 00:15:37 |
Permalink
|
Comments Off
Wednesday, July 21, 2010
DATUK RAHMAN DAHLAN DI PUJI
1- Kenapa dia di puji
i. ada “pugai” di mukanya – ?
ii. turun padang – aktif
iii. aktif di parlimen – ada isu
iv. tak sombong – mudah mesra, prihatin
v. rapat dengan pemimpin persekutuan – ada kabel
2- Dalam keadaan apa dia tidak di puji
i. tidak menepati janji – jalan raya beraspal Dudar – Toburon
( kira2 6km pon tak dapat pujuk kerajaan persekutuan)
ii. tidak menepati janji - talian telefon dilupakan begitu saja
konon bukan tugas, tetapi DUN… he he he
3- Kenapa dia perlu di kekalkan
i. prestasi sokongan lalu – majoriti 300 undi
ii. datuk salleh lebih fokus DUN/fokus nak balik jadi KM – lagi pon dia bisu di parlimen
iii. datuk rahman popular di kalangan kaum dusun terutamanya
dusun tobilung 100%
iv. muda, bertenaga, berjalan lurus
KESIMPULAN AWAL: mendapat majority 7000 undi
bersambung…
Posted by Mr Smart Work in 18:11:21 |
Permalink
|
Comments Off
Thursday, April 22, 2010
ANTARA KINORINGAN, ALLAH, & YAHWEH
Sejak terbuka mata dan mula mengerti, yang kita dengar ialah “KINORINGAN”. Bagi orang yang bukan di lahir sebagai Islam atau Kristian mereka mengenal KINORINGAN sebagai sumber pengharapan. Sungguhpun demikian KINORINGAN cuma di kenal oleh KadazanDusun khususnya suku Tobilung. Biasanya, KINORINGAN di pasangkan dengan TINUMARU selaku permaisurinya. Cerita ini nostalgia lama, orang yang lahir tahun 2000 rasanya tidak ada lagi yang mau mengingati KINORINGAN, jika adapun boleh di kira dengan jari. Jenerasi kini lebih mengenal kepercayaan-kepercayaan import(Islam,Kristian) daripada peradaban Semetic(Yahudi), yang kononnya bersifat monotism dan universal. Jenerasi kini adalah Islam keturunan dan Kristian keturunan. Jenerasi baru ini hanya menerima saja agama ini secara automatik melalui ibubapa mereka. Dalam konteks Malaysia, agama Islam adalah agama rasmi atau agama negara. Sebagai agama rasmi negara; tentulah agama ini di beri hak-hak yang lebih istimewa berbanding dengan agama-agama lain. Agama Islam di kaitkan dengan orang Melayu. Atau lebih mudah di mengerti sebagai Melayu=Islam. Agama Islam menetapkan ALLAH sebagai sesembahannya,“tidak ada tuhan melainkan ALLAH”, tegas mereka. Permasalahannya ialah orang Kristian Malaysia telah menjadikan ALLAH sebagai sesembahannya juga. Aneh dan ajaib. Dengan kata lain mereka mau hak yang sama untuk sesembahan orang Islam ini, iaitu ALLAH. Bila di fikir, lucu juga orang Kristian Malaysia ini.
Sungguhpun demikian haruskah kita salahkan orang Kristian Malaysia 100%? Sesungguhnya pertanyaan ini memerlukan kajian dan pemikiran matang. Pada saya, letak permasalahan ini ialah terjemahan di Alkitab itu sendiri, kata (YHWH)YAHWEH dalam bahasa Ibrani, mereka terjemahkan sebagai ALLAH. Saya sungguh hairan dengan Lembaga Alkitab Indonesia & Lembaga Alkitab Malaysia menerjemahkan (YHWH)YAHWEH sebagai ALLAH. Boleh kah nama di terjemahkan? katakanlah, nama DUSUN anda sebagai“nongkoron” dan bila nama anda ini di bawa ke Arab Saudi diterjemahkan kepada ALLAH??? Menurut akal sehat, nama itu tidak dapat di terjemahkan. Jika nama anda di Malaysia adalah nongkoron maka bila anda sampai di Arab Saudi nama anda tetap “nongkoron” juga.
Mari kita lihat ayat ini: Kel. 3:13-15
13 Dan Musa berkata kepada Elohim, “Sesungguhnya aku akan datang kepada Bani Israel dan berkata kepada mereka: ‘Elohim leluhurmu telah mengutus aku kepadamu. Dan mereka bertanya kepadaku, siapakah nama-Nya? Aku harus mengatakan apa kepada mereka?” 14 Dan berfirmanlah Elohim kepada Musa, “AKU ADA YANG AKU ADA.” Lalu Dia berfirman, “Engkau akan mengatakan hal ini kepada Bani Israel: ‘AKU ADA’, telah mengutus aku kepadamu.” 15 Dan Elohim berfirman lagi kepada Musa, “Katakan demikian kepada Bani Israel: YAHWEH, Elohim leluhurmu, Elohim Abraham, Elohim Ishak dan Elohim Yakub, telah mengutus aku kepadamu. Itulah nama-Ku untuk selama-lamanya dan itulah peringatan bagi-Ku turun-temurun.”
Sekarang ternyata nama sesembahan moyang Israel ialah YAHWEH, bukan bernama ALLAH. Jika anda ingin keterangan lanjut sila belajar dan rujuk link ini:
Menurut penelitian penulis selama 3 bulan terakhir ini, kata nama sesembahan ALLAH ini telah di kenal di bumi Arab sebelum Muhammad, malahan orang Kristian Arab aliran coptik turut menerjemahkan YAHWEH juga kepada ALLAH(sebelum hadirnya Muhammad) dan inilah sebenarnya yang menyebabkan kemenangan orang Kristian di Mahkamah tempo hari tentang kata ALLAH . Dimana telah menyebabkan beberapa gereja di Semenanjung di bakar. Jadi apakah kesimpulannya? pada saya semuanya akibat daripada terjemahan nama. Sebab itu, nama tidak dapat di terjemahkan. YAHWEH tidak boleh di terjemahkan kepada ALLAH. Sebab ALLAH itu adalah sesembahan orang Arab. Cuba anda baca sekali lagi…
15 Dan Elohim berfirman lagi kepada Musa, “Katakan demikian kepada Bani Israel: YAHWEH, Elohim leluhurmu, Elohim Abraham, Elohim Ishak dan Elohim Yakub, telah mengutus aku kepadamu. Itulah nama-Ku untuk selama-lamanya dan itulah peringatan bagi-Ku turun-temurun.”
ayat ini mengatakan: YAHWEH, itulah nama -KU untuk selama-lamanya … turun – temurun!!!
ayat ini tidak kata, tukarlah nama ku iaitu YAHWEH kepada ALLAH…
SIAPAKAH ALLAH ITU?
Panjang ceritanya. Penulis telah berulang-ulang baca Al-Quran dan juga Hadis Nabi , apa yang saya dapat ialah ALLAH itu amat keras, dan bila saya baca dengan saksama ternyata ancaman-ancaman ALLAH menakutkan. Susah lah masuk sorga jikalau sentiasa terancam. Walaupun begitu anda bacalah sendiri melalui link ini, biarlah anda sendiri berfikir siapakah ALLAH itu menurut pemahaman anda sendiri; di internet ini berkarung-karung respon tentang siapa ALLAHnya Muhammad ini.
Pelik tapi benar. Betul atau tidak sendirilah yang jadi hakimnya. Pada bulan December tahun 2009 rakyat BN bahagian N.6 Tempasuk dikejutkan dengan Kenyataan Wakil anda di Facebook tentang gula-gula pengaspalan seperti yang anda baca dan lihat sendiri dalam post yang lalu. Kini, bulan Mac 2010. Apa yang jelas ada tanda-tanda pengaspalan seperti kayu-kayu terpacak berwarna merah pada hulu kayu itu. Kini kayu yang terpacak kian pudar. Memalukan rakyat saja.
Di akbar-akbar digembur-gemburkan tentang nilai berjuta-juta projek jalanraya kononnya untuk membela penduduk luar bandar yang telah dibiarkan lama menghirup habuk musim panas sekarang ini.Lucu dan ajaib, tetapi inilah hakikatnya gaya kepimpinan terkini negara dan suasana politik yang sebenar demi meracuni fikiran anda untuk terus bersetia kononnya untuk merealisasikan wawasan keramat 1 Malaysia.
Hakikatnya inilah penipuan yang paling licik, yang sebenarnya ekonomi negara tidaklah sekukuh seperti yang di gembur-gemburkan. Kayu ukurannya boleh di lihat dengan mudah. Jika program itu lancar dan menepati masa maka kita katakan ekonomi negara kukuh,sebaliknya jika ada dalih-dalihnya ataupun syarat-syaratnya maka itulah petunjuk bahawa ekonomi negara tidak mantap dan bolehlah di anggap kerajaan menjalankan perbelanjaan diluar bajet atau bajet retorik dengan perkataan lain sebagai gula-gula guna persediaan pilihanraya 2011 ini. Percaya atau tidak anda adalah hakimnya.Orang-orang yang berkepentingan membinasakan anda. Kaedah ini tidak lebih dari lagu-lagu lama yang tak pernah selesai di kumandangkan. Tin kosong penghalau pipit di tengah-tengah masyarakat yang dangkal hala tuju fikirannya. Mereka ini gendang yang tak bernot yang mempergunakan kelicikan untuk menipu rakyat yang suka di cucuk hidung selama-lamanya.
Posted by Mr Smart Work in 07:53:52 |
Permalink
|
Comments Off
Friday, December 11, 2009
PARTI BARU DI SABAH
a ha…. memang tepat pada waktu dan masanya. Satu lagi Parti Politik Baru yang bakal di tubuhkan di Sabah. harap-harap Dr Jeffrey la yang tubuhkan parti tu sebab baru-baru ni dia kecewa dengan lagu sumbang DSAI… kita tunggu dan lihat ja
“Salam buat rakan-rakan FB, Selaku wakil rakyat saya ingin maklumkan status terkini berhubung dengan kedudukan jalanraya yang menghubungi kg.Timbang, Sarang, Dudar, Toburon.Berita baik kpd penduduk kg. berkenaan bahawa tahun ini(2009) kerajaan telah meluluskan peruntukan menaik taraf jalanraya dari kg Timbang, Sarang & Dudar sahaja memandangkan peruntukan kewangan tidak mengizinkan. Saya juga telah dimaklumkan oleh pengarah JKR ianya akan dilaksanakan pada bulan januari 2010. Walaubagaimanapun saya telah minta supaya jalanraya dari kg Dudar,Toburon, Mendawang sehinggalah ke ke kg Teringgai dimasukkan dalam RMK 10 supaya jalan ini akan menjadi jalan alternatif dari kudat ke Kota belud. untuk makluman juga tahun ini kerajaan telah meluluskan 2 batang jalanraya untuk dinaik tarafkan iaitu jalan Sangkir- Tempasuk 2 – tempasuk 1 dan Jalan bengkahak ke Rosok sekarang dalam perlaksanaan. Saya mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan rakan-rakan FB, Insy-Allah selaku wakil rakyaat saya akan sentiasa memberi perhatian.
……..“GUMBIRA” juga bila mendapat berita buruk ni… inilah kaamatan terakhir buat dato’, yang satu saat lagi tu ialah mungkin kaamatan 2010… rakyat jelata tak perlu BERHEMPAS PULAS MENANGIS… DIA TAK BUAT APA APAPUN UNTUK ANDA, apa yang orang faham dia ni berangan-angan jadi firaun… lucu hehehehhahha
imej bawah ni lagi lah … jam 6 petang dah… KETUA DIA SUKA MACAM NI, apa lagi anak anak buahnya…
p/s:bagi komen yang membina ye…, kalau komen anda tak relevan tak dapat masuk, yang relevan je dapat masuk…
-admin.
Posted by Mr Smart Work in 18:36:26 |
Permalink
|
Comments Off
Wednesday, April 8, 2009
PETUNJUK UNTUK MENGUASAI KOTA BELUD
Pas pertahan Bukit Gantang, PKR menang Bukit Selambau
DUN Batang Air, Sarawak – BN Menang (Malcom Mussen Lamoh, Majoriti 1,854 undi,majority lebih besar)
Parlimen Bukit Gantang,Taiping,Perak – PAS menang (Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, majoriti 2,789 undi, lebih besar berbanding majoriti 1,566 undi diperoleh Pas pada pilihan raya umum tahun lalu.
DUN Bukit Selambau, Sg Petani Kedah – PKR Menang, S Manikumar, menang dengan majoriti 2,403 undi, juga lebih tinggi berbanding majoriti 2,362 undi diperoleh V Arumugam, yang bertanding atas tiket Bebas pada pilihan raya umum 2008 sebelum menyertai PKR.
Kesimpulan:
Daripada keputusan tu, jelas rakyat tidak suka dgn cara rampasan kuasa di Perak. Majoriti rakyat tidak percaya lagi dengan BN, terutamanya Najib Tun Razak, yg pada mukanya terlukis kepura-puraan ketululusannya, memang sifat sebenarnya lain… politik dia ni politik ala samseng tergambar melalui tali barutnya… kes altantuya tak selesai, rampasan kuasa di perak@sembunyikan orang, penulis rasa agama islam tidak mengajar bentuk permainan seperti ini…
Kemenangan BN Sarawak, sudah di duga. Tepat pada waktunya. Menurut kawan saya di Sarawak, Ketua Menteri mereka sangat baik… tak perlu derhaka…
SABAH – inilah masanya untuk jual mahal minyak… kalau nak peruntukan lebih, kena tunjukkan jual mahal sikit, sebab pilihanraya yg akan datang gerenti BN di semenanjung merosot, pertambahan sokongan terhadap PAKATAN adalah ukurannya.
KOTA BELUD – PAKATAN berpotensi menang besar jika mulai sekarang memulakan kempen “ cara sel” digembleng secara teratur. Isu yang boleh di mainkan ialah “jaringan jalanraya yang daif terutamanya yang menghubungkan perkampungan orang dusun dengan kota belud dan zero kemudahan telefon, isu tanah tak pernah selesai. Bukti rakaman video boleh di pakai tentang janji2 kosong BN….
Tentang kempen “ cara sel” , telah terbukti berkesan di Negara China suatu ketika dulu, menurut sumber ketika era bermulanya komunis di Negara tersebut telah di adakan gerakan penghapusan agama terutamanya agama kristian secara besar-besaran. Tetapi agama kristian tetap berjaya kerana mereka hanya bergerak secara sel sahaja/ unit-unit kecil. So, ide ini boleh di terapkan oleh parti pakatan jika mau menang di kota belud. Sistem jalan raya pedalaman khususnya yg hubungkan pekan KB, bezanya sgt besar dgn keadaan perkampungan org melayu di semananjung.. cuba anda berkunjung ke Toburon, Malangkap Kapa, Kg. Sayap, losou Podi…. Betul ka atau tidak cakap penulis ni… kalau tidak betul maka kamu undilah dan pertahankan UMNO@BN…
Posted by Mr Smart Work in 01:20:16 |
Permalink
|
Comments Off