Friday, December 11, 2009

PARTI BARU DI SABAH

a ha…. memang tepat pada waktu dan masanya. Satu lagi Parti Politik Baru yang bakal di tubuhkan di Sabah. harap-harap Dr Jeffrey la yang tubuhkan parti tu sebab baru-baru ni dia kecewa dengan lagu sumbang DSAI… kita tunggu dan lihat ja

Posted by Mr Smart Work in 14:18:06
Comments

One Response to “PARTI BARU DI SABAH”

  1. bired says:

    kalaulah benar berita angin yang mengatakan ada satu lagi parti baru akan wujud di Sabah maka ini merupakan satu lagi sejarah dicipta oleh Sabah. Pada suatu ketika dulu Negeri di bawa bayu ini juga pernah melakar sejarah dalam politik apabila negeri yang tercinta ini dijadikan bahan ujian samada rakyat Sabah menerima atau tidak atau sebaliknya, ternyata rakyat Sabah membenarkan ini berlaku iaitu melaksanakan pengelirian KM.Hanya PBS sahaja yang tak begitu setuju pada masa itu,sementara yang lain berebut-rebut melobi untuk menjadi KM. Kenapa? sebab antara negeri di Malaysia ini,Sabahlah salah satu negeri yang sangat produktif mewujudkan parti baru dan melahirkan presiden parti.Ini seakan-akan memberi gambaran kepada kita bahawa ramai di kalangan pemimpin Sabah ini teringin sangat menjadi KM atau sekurang-kurangnya menjadi YB. Kalaulah YB-YB yang kerap berpindah parti tak tahulah apa motif mereka sebenarnya. Saya yakin anda yang lebih arif akan setuasi ini lebih memehami dan dapat menilai selok belok keadaan ini.Begitu pun terpulang kepada pendapat dan pandangan kita masing-masing.

    Hal lain kononnya bekas Ketua Bahagian PPPM N4 Matunggong telah menyertai Parti Bersama Rakyat Sabah kalau tak silap singkatannya BERSAMA. Samada ini benar atau tidak kita tunggu dan lihat. Tapi bagi saya benar atau tidak pemimpin ini boleh diharapkan tetapi anda yang lebih arif menilai beliau.Terus terang saya katakan sepanjang saya mengenali beliau ini dalam politik dia sememangnya berwawasan,bercita-cita dan berkeyakinan penuh untuk menjadi pemimpin serta berusaha agar boleh diharapkan untuk menjadi wakil kepada rakyat yang diwakilinya.Bagaimanapun ada ramai juga yang berpendapat sebaliknya.ANDA NILAILAH SENDIRI!!!